BIODATA IMAM KISAEI DAN PERAWINYA 👳🏻‍♂️


 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خير المسلمين وخاتم النبيين، سيدنا محمد الذى أرسله الله رحمه للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين

IMAM KISAEI 👳🏻‍♂️
  • Nama : Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz.
  • Berasal daripada keturunan Bahman bin Fairuz maula Bani Asad yang datang dari Kufah. kemudian menetap di Baghdad.
  • Panggilan : Abu Al-Hasan.
  • Gelaran : Al-Kisa’ie ( disebabkan kisa' iaitu kain yang dipakainya ketika berihram ).
  • Beliau adalah salah seorang daripada Al-Qurra’ Assab’ah. 
  • Beliau mahir dalam bidang Qiraat, Nahu dan Bahasa Arab.
  •  Tarikh lahir : 119 Hijrah.
  • Tahun wafat : 189 Hijrah.
  • Antara kitab karangannya : Kitab Ma’ani Al-Quran, Kitab Al-Qiraat, Kitab An-Nahu.
PENGAMBILAN BACAAN 📖
  • Beliau mengambil cara bacaan secara bertalaqqi daripada Hamzah sebanyak empat kali dan berpegang dengan bacaan tersebut.
  • Seterusnya, beliau mengambil bacaan daripada Muhammad bin Abu Ali Laila, Isa bin Umar Al-hamzani. ( Isa bin Umar pula bertalaqi dengan ‘Asim, Tolhah bin Musrif, Al-A’mash, dan juga Abu Bakar ‘Iyash ).
  • Selain itu, beliau meriwayatkan satu cara bacaan daripada Abu Bakar bin ‘Iyash ( Syu’bah ) dan Ismail bin Ja’far, Za’idah bin Qudamah. ( Manakala Ismail bin Ja’far pula bertalaqi dengan Syaibah bin Nasah dan Nafi’. Beliau juga ( Isma’il bin Ja’far ) bertalaqi dengan Sulaiman bin Muhammad bin Jammaz dan Isa bin Wardan. ( Manakala Za’idah bin Qudamah pula telah bertalaqi dengan Al-A’mash ).
  • Ramai orang telah mengambil bacaan al-Quran daripadanya secara ‘aradhan dan sam’an sehingga tidak mampu untuk dihitung.
QAUL ULAMA' 💬
  • Beliau merupakan imam bagi masyarakat di zamannya dalam ilmu Qiraat. 
  • Beliau merupakan orang yang paling alim dalam ilmu Nahu dan Bahasa Arab serta paling pintar. 
  • Beliau telah menjadi tempat rujukan dalam ilmu ini di Kufah selepas imam Hamzah.
ABU UBAID 👳🏻‍♂️
  • "Dahulunya Al-Kisa’ie memilih dan mensaring cara-cara bacaan, maka dengan itu beliau mengambil sebahagian dari cara bacaan Hamzah dan meninggalkan sebahagian yang lain.Tiada manusia yang paling pintar dan bijak dalam ilmu ini daripada Al-Kisai’e."

IBNU MUJAHID 👳🏻‍♂️
  • "Al-Kisai’e telah memilih dan mengambil sebahagian daripada cara bacaan Hamzah dan selainnya secara saksama tanpa terkeluar dari peninggalan para imam yang terdahulu. Beliau adalah imam dalam ilmu ini di zamannya. Dahulunya masyarakat mengambil lafaz-lafaz bacaan melalui bacaan Al-Kisai’e kepada mereka. Mereka juga meletakkan titik pada mushaf Al-Quran mereka bedasarkan bacaannya."
ISMAIL JAAFAR AL-MADANI 👳🏻‍♂️
  •  "Aku tidak ketahui orang yang paling bagus membaca Al-Quran daripada Al-Kisai’e."
Al-RASHID 👳🏻‍♂️
  • "Kami kebumikan ilmu Fiqh dan ilmu Nahu dalam pendapatnya pada suatu hari."
ABU BAKAR AL ANBARI 👳🏻‍♂️
  • "Telah berkumpul pada Al-Kisaei’e itu banyak ilmu. Beliau orang yang paling mahir dalam ilmu Nahu. Ilmu Al-Gharib (gharibul-quran) dan juga Ilmu Qiraat. Dahulu masyarakat berkumpul beramai-ramai dan beliau duduk di atas kerusinya untuk membacakan kepada mereka Al-Quran dari awal sehingga akhir. Dengan itu masyarakat mendengar bacaannya dan mencatat segala pekara yang bermanfaat berkaitan dengan bacaan Al-Quran."
SESETENGAH ULAMA 👳🏻‍♂️
  • "Dahulu Al-Kisai’e apabila beliau membaca Al-Quran atau berkata-kata seolah-olah malaikat yang berbicara."
YAHYA BIN MA’IN 👳🏻‍♂️
  • "Tidak pernah aku melihat dengan kedua mata aku ini lahjah yang paling tepat dan betul daripada Al-Kisai’e."
AL-FUDHAIL BIN SYAZAN 👳🏻‍♂️
  • "Setelah Al-Kisai’e selesai menuntut daripada Hamzah, beliau keluar ke kawasan kampung. Maka beliau bertemu dengan penduduk kampung dan menetap bersama mereka sehingga beliau menjadi sebahagian daripada mereka. Kemudian beliau pulang ke kawasan bandar dalam keaadan beliau sudah mahir dalam ilmu Bahasa Arab."
AL-IMAM AL-SYAFIE 👳🏻‍♂️
  • "Barangsiapa yang ingin memperluaskan ilmu dalam bidang Nahu maka dia adalah pengikut Al-Kisai’e."
SETENGAH ULAMA' 👳🏻‍♂️
  • "Sebahagian ulama melihat Al-Kisai’e di dalam mimpi mereka, lalu mereka bertanya kepadanya (Al-Kisai’e ) : Apa yang telah Allah berikan kepada mu? Beliau menjawab : Allah telah mengampunkan aku dengan sebab Al-Quran. Kemudian ditanya lagi : Apa yang sedang Hamzah lakukan ? Beliau menjawab : Dia sedang berada di Syurga ‘illiyin. Kami melihatnya seperti kami melihat bintang."
KITAB TARIKH IBNU KATHIR 📚
  • "Al-Kisai’e telah mengambil kemahiran ilmu Nahu daripada Al-Khalil. Suatu hari beliau bertanya kepada Al-Khalil tentang dari mana beliau mengambil ilmu Nahu. Al-Khalil menjawab : Beliau mengambilnya daripada orang-orang kampung di Al-Hijaz. Lalu Al-Kisai’e bermusafir ke sana dan menulis banyak pekara tentang orang arab. Kemudian beliau pulang mencari Al-Khalil namun beliau (Al-Khalil ) telah meninggal dunia dan tempatnya telah diambil oleh Yunus. Maka telah berlakulah di antara mereka berdua ( Yunus dan Al-Kisai’e ) perdebatan sehingga Yunus mengiktiraf kehebatan Al-Kisai’e lalu diberikan kerusinya itu kepada beliau."

PERAWI 1 : IMAM ABU AL-HARITH 👳🏻‍♂️

  • Nama : Al-Laith bin Khalid al-Marwazi al-Baghdadi.
  • Panggilan : Abu Al-Harith.
  • Tahun wafat : 240 Hijrah di Baghdad.
  • Keistimewaan : Seorang yang sangat dipercayai dan pakar dalam bidang Qiraat.
  • Beliau mengambil bacaan daripada al-Kisaei secara ‘aradan dan merupakan salah seorang  daripada golongan yang paling tinggi martabatnya dikalangan anak murid al-Kisaei.
  • Beliau meriwayatkan Qiraat dari Hamzah bin Al-Qosim Al-Ahwal dan dari Al-Yazidi.
  • Antara anak murid yang mengambil bacaan daripadanya secara ‘aradan dan sima’an ialah Salmah bin 'Asim, Muhammad bin Yahya, al-Fadl bin Shazan.
PERAWI 2 : IMAM DURI KISAEI 👳🏻‍♂️
  • Nama : Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Suhban bin 'Ada bin Suhban ad-Duri al-Azdi al-Baghdadi.
  • Tahun lahir : 150 Hijrah pada zaman al-Mansor.
  • Tahun wafat : 246 Hijrah pada zaman Mutawakkal.
  • Panggilan : Abu 'Amru.
  • Gelaran : Ad-Duri.
  • Asal : Baghdad.
  • Sifat peribadi : seorang yang benar, perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat, menjadi tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya dan beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith.
  • Ciri-ciri : Seorang yang thiqoh dan dhabit.
PENGAMBILAN BACAAN 📖

Beliau mengambil bacaan daripada :-
  • Ismail bin Jaafar dari Nafi'.
  • Nafi'.
  • Ya'kub bin Jaafar dari Ibn Jamaz dari Abu Jaafar.
  • Salim dari Hamzah.
  • Muhammad bin Sa'dan dari Hamzah.
  • Kisaie.
  • Yahya Al-Mubarak Al-Yazidi.
Orang-Orang yang meriwayatkan Al Qur’an darinya :-
  • Ahmad bin Harb Syaikhul Mathoi'.
  • Abu Ja’far Ahmad bin Farhil Mufassir'.
  • Ahmad bin Yazid Al-Halwani.
  • Al-Hasan bin Ali bin Basyar bin Al-Alaf.
  • Abu Osman Said bin Abdul Rahim Al-Dharir.
  • Umar bin Muhammad bin Barzah Al-Ashbihani.
  • Muhammad bin Ahmad Al-Barmaki.
  • Muhammad Bin Hamdun Al-Qothi’i.
  • Abu Abdillah Al-Hadad.
QAUL ULAMA' 💬

ABU DAUD 👳🏻‍♂️
  • "Aku melihat Imam Ahmad bin Hambal menyalin Qiraat daripada Abi Umar Al-Duri, panjang umurnya dalam ilmu Qiraat dan ilmu pembacaan, serta teliti dalam pengambilan qiraatnya."



Semoga bermanfaat!💕









Comments

Popular posts from this blog

Muqaddimah Tarikh Qurra'