Muqaddimah Tarikh Qurra'


 بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خير المسلمين وخاتم النبيين، سيدنا محمد الذى أرسله الله رحمه للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين.

Allah telah menurunkan Al Quran ke atas nabi Muhammad saw dalam 7 huruf, seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu abbas bahawasanya nabi Muhammad saw bersabda :

 أقرانني جبريل القران على حرف،فلم أزل أستزيده حتى انتهى إلى سبعة أحرف

Terdapat perbezaan pendapat tentang dimanakah turunnya Al Quran,

- Pendapat pertama: Al Quran diturunkan di Makkah, dalilnya adalah kerana kebanyakan surah adalah surah makki.
- Pendapat kedua: Al Quran diturunkan di madinah, iaitu selepas hijrah Rasulullah dan ramai yang memeluk agama islam.

Dari Sunnah Nabi :-

- Dari Ibn 'Abbas ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : "Jibril membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku meminta ia berfikir, maka sentiasa aku meminta tambahan (aku sentiasa meminta dari Jibril as supaya memohon dari Allah swt penambahan dari satu huruf tersebut sebagai keringanan, rahmat dan keluasan ke atas umatku), dan Jibril memberi tambahan sehingga kepada tujuh huruf". 

-Dari Abu bin Ka’ab ra berkata : Maka aku (Rasulullah saw) bersabda : "Wahai Jibril, sesungguhnya aku diutuskan kepada umat yang tidak reti membaca dan menulis. Di kalangan mereka ada lelaki, wanita, kanak-kanak, hamba perempuan, orang tua panjang usianya yang tidak membaca apa kitab sekalipun. Berkata Jibril : "Sesungguhnya al-Quran diturunkan atas tujuh huruf."

-Umar bin al-Khattab ra berkata: "Aku mendengar Hisyam bin Hakim ra (yang sedang sembahyang) membaca surah al-Furqan ketika itu Rasulullah saw masih hidup. Lalu aku perhati bacaannya, dia membaca dengan banyak huruf yang aku sendiri tidak baca seperti itu di depan Rasulullah saw. Aku berazam untuk menangkapnya sejurus saja dia selesai sembahyang, aku tunggu sehingga dia memberi salam kemudian aku pegang dia dengan kain selempangnya dan bertanya: "Siapa yang bacakan kepada kau sepertimana yang aku dengar tadi?". Dia menjawab: "Rasullullah saw yang bacakan kepadaku (seperti itu)". Aku berkata: "Kau penipu, demi Allah Rasulullah tidak bacakan kepadaku seperti itu". Kemudian aku membawa dia bertemu Rasulullah saw dan aku bertanya: "Wahai Rasulullah! Aku mendengar dia membaca surah al-Furqan dengan huruf yang kau tidak bacakan kepadaku sedangkan kau telah mengajarkan aku bacaan surah itu". Lalu Rasulullah saw bersabda: "Lepaskan dia wahai Umar! Bacalah wahai Hisyam!". Dia pun membaca seperti yang aku dengar tadi dan Rasulullah saw bersabda: "Demikianlah seperti itu diturunkan", kemudian Rasulullah saw menyuruhku pula: "Bacalah wahai Umar!". Maka aku baca sepertimana yang Baginda ajarkan, dan Rasullullah saw bersabda: "Itu juga seperti yang telah diturunkan, sesungguhnya ini adalah al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf maka bacalah apa yang mudah (bagi kamu) dari salah satu huruf itu".

Terdapat banyak lagi hadis Rasulullah saw dan sejarah para sahabat ra yang menerangkan tentang keadaan ayat al-Quran datang dengan pelbagai huruf. 

Akhir kalam, al-Quran didatangkan kepada mereka yang mempunyai pelbagai jenis lidah dan peringkat umur. Jika ia masih kecil tentu senang untuk dilatih membaca menggunakan lahjah yang baru, tapi kalau sudah tua jika tiada kemudahan membaca ayat al-Quran tentulah menyukarkan, lantas al-Quran tidak dibaca langsung.


Semoga bermanfaat!💕

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA IMAM KISAEI DAN PERAWINYA 👳🏻‍♂️