Posts

BIODATA IMAM KISAEI DAN PERAWINYA 👳🏻‍♂️

Image
  بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خير المسلمين وخاتم النبيين، سيدنا محمد الذى أرسله الله رحمه للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين .  IMAM KISAEI 👳🏻‍♂️ Nama : Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Othman bin Fairuz. Berasal daripada keturunan Bahman bin Fairuz maula Bani Asad yang datang dari Kufah. kemudian menetap di Baghdad. Panggilan : Abu Al-Hasan. Gelaran : Al-Kisa’ie ( disebabkan kisa' iaitu kain yang dipakainya ketika berihram ). Beliau adalah salah seorang daripada Al-Qurra’ Assab’ah.  Beliau mahir dalam bidang Qiraat, Nahu dan Bahasa Arab.  Tarikh lahir : 119 Hijrah. Tahun wafat : 189 Hijrah. Antara kitab karangannya : Kitab Ma’ani Al-Quran, Kitab Al-Qiraat, Kitab An-Nahu. PENGAMBILAN BACAAN 📖 Beliau mengambil cara bacaan secara bertalaqqi daripada Hamzah sebanyak empat kali dan berpegang dengan bacaan tersebut. Seterusnya, beliau mengambil bacaan daripada Muhammad bin Abu Ali Laila, Isa bin Umar Al-hamzani. ( Isa bin Uma...

Muqaddimah Tarikh Qurra'

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خير المسلمين وخاتم النبيين، سيدنا محمد الذى أرسله الله رحمه للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين. Allah telah menurunkan Al Quran ke atas nabi Muhammad saw dalam 7 huruf, seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu abbas bahawasanya nabi Muhammad saw bersabda :  أقرانني جبريل القران على حرف،فلم أزل أستزيده حتى انتهى إلى سبعة أحرف Terdapat perbezaan pendapat tentang dimanakah turunnya Al Quran, - Pendapat pertama: Al Quran diturunkan di Makkah, dalilnya adalah kerana kebanyakan surah adalah surah makki. - Pendapat kedua: Al Quran diturunkan di madinah, iaitu selepas hijrah Rasulullah dan ramai yang memeluk agama islam. Dari Sunnah Nabi :- - Dari Ibn 'Abbas ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : "Jibril membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku meminta ia berfikir, maka sentiasa aku meminta tambahan (aku sentiasa meminta dari Jibril as supaya memohon dari Allah swt penambahan dari sat...