Posts

Showing posts from December, 2023

Muqaddimah Tarikh Qurra'

Image
 بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على خير المسلمين وخاتم النبيين، سيدنا محمد الذى أرسله الله رحمه للعالمين وعلى آله وصحبه أجمعين. Allah telah menurunkan Al Quran ke atas nabi Muhammad saw dalam 7 huruf, seperti yang dinyatakan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu abbas bahawasanya nabi Muhammad saw bersabda :  أقرانني جبريل القران على حرف،فلم أزل أستزيده حتى انتهى إلى سبعة أحرف Terdapat perbezaan pendapat tentang dimanakah turunnya Al Quran, - Pendapat pertama: Al Quran diturunkan di Makkah, dalilnya adalah kerana kebanyakan surah adalah surah makki. - Pendapat kedua: Al Quran diturunkan di madinah, iaitu selepas hijrah Rasulullah dan ramai yang memeluk agama islam. Dari Sunnah Nabi :- - Dari Ibn 'Abbas ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw : "Jibril membacakan kepadaku dengan satu huruf, maka aku meminta ia berfikir, maka sentiasa aku meminta tambahan (aku sentiasa meminta dari Jibril as supaya memohon dari Allah swt penambahan dari sat...